Kari Daging | Try Masak | ICookAsia

2 Menit 58 Detik

28 Januari 2016 21:10

Dapatkan resepi penuh Kari Daging di: http://www.icookasia.com/kari-daging/

Bahan-bahan

300g daging yang telah direbus dan dihiris
3 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
4 batang kulit kayu manis
3 tangkai daun kari
1 biji ketang (dipotong berbaji)
1 cawan santan
2 sudu besar rempah kari
2 keping asam keping
1 cawan air
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (diketuk)

Cara membuat

1. Mula-mula panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang putih, bawang merah, daun kari, halia, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika hingga pecah minyak

3. Masukkan pula daging bersama santan.Kacau sehingga sebati dan biarkan masak dengan api yang sederhana.

4. Masukkan air, kentang dan asam keping.kacau rata dan biarkan hingga kentang empuk.

5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Apabila kuah menjadi pekat, boleh diangkat dan kari daging sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Kari DagingResepi Kari DagingMasak Kari DagingTrymasakDaging Masak KariCara Masak Kari DagingDaging KariCara Memasak Kari DagingKari Daging MamakTrymasak Kari Daging